Sunday, 28 June 2009

Janganlah kamu tidur malam melainkan dalam keadaan begini

Wahai saudaraku!

Bermujahadahlah dan ber'amallah dengan ikhlas dan iltizam dengan syari'at Allah serta istiqamah pada suruhanNya.

Berusahalah bersungguh-sungguh agar engkau tidak mempunyai hutang kepada seseorang apabila mati, dan hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk ditunaikan.

Berusahalah bersungguh-sungguh agar engkau berlapang dada terhadap saudara seIslam ketika bertemu Allah.

Ketahuilah, martabat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah ithar(mengutamakan sahabat).

Oleh itu, janganlah kamu tidur malam melainkan dengan keadaan begini. Bersegeralah saudaraku untuk bertaubat dan beristighfar sebelum ajal tiba.

Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah(Mustafa Masyhur)

Saturday, 13 June 2009

Bai'ah Aqabah Pertama

Al-Imam al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam al-Sahih.

Dari 'Ubadah bin al-Samit RadiyaLlahu' anhu bahawa Rasulullah SallaLahu' alaihi Wassalam telah bersabda kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya ;

"Berbai'ahlah (berjanji lah dengan setia) kepadaku bahawa kamu tidak menyengutui ALlah Subhanahu Wa Ta'ala dengan yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong (dengan merekakan tuduhan atau fitnah) yang sengaja diadakan samada terhadap dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam perkara yang baik.

Maka sesiapa yang setia di kalangan kamu maka ganjarannya di sisi ALlah, dan sesiapa terkena kepadanya amalan-amalan buruk(yang tersebut) lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka kifarah baginya (tidak dibalas lagi di akhirat).

Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu kemudian ALlah Subhanahu Wa Ta'ala melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka terserahlah kepada ALlah. Jika Ia kehendaki nescaya diampuninya dan jika Ia kehendaki nescaya dihukumnya(dengan hisab pada hari Akhirat) lalu kamu pun berbai'ah di atas perkara itu".

Dari keterangan yang tersebut ternyatalah bahawa yang telah menganut Islam dari Madinah atau Yathrib itu bukannya sekadar melafazkan ikrar dua Kalimah Syahadah, bahkan meliputi ucapan lidah dan jazam di hati dan beriltizam dengan apa yang diucap dan dibai'ahkan kepada Rasulullah SallaLlahu'alaihi Wassalam. Malah mereka bersedia untuk meletakkan sibghah ALlah yang terkandung dalam ajaran Islam itu kepada seluruh kehidupan mereka.

Apa yang disebut di dalam bai'ah pertama ini adalah asas-asas penting bagi pembinaan individu dan masyarakat samada dalam aspek 'aqidah, juga akhlak dan perlaksanaan Islam di dalam semua bidang. Bai'ah yang dilakukan itu bukan sahaja merupakan perisytiharan bagi mereka untuk menerima Islam tetapi juga perisytiharan menentang jahiliyyah. Segala yang terkandung di dalamnya adalah sangat bertentangan dengan pegangan dan amalan jahiliyyah.

Rujukan: Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (1)

Monday, 11 May 2009

Barang Dagangan Terbaik

Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya! Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu baginda bersabda:

“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Bagaimana kita menyeru kepada Islam(Fathi Yakan)

Friday, 24 April 2009

Imanku di tahap mana?

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya. Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!

“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)

Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!

Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam(Fathi Yakan)

Monday, 2 March 2009

Agar jangan sampai terjadi, anda dikenang orang di samping kegagalan

Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan

‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan meruntuhkan kekuasaan Thaghut....

sumber: Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam

Friday, 16 January 2009

Istiqamah Lebih Mencabar Daripada Memulakan

”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaannya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”

(Al-Kahfi: 28)


Mereka mengetahui bahawa mereka berkerja hanya kerana Allah dan berjihad pada jalan Allah. Mereka telah mengetahui bahawa jalan ini terlalu panjang sukar, mereka harus mengetahui bahawa jalan ini dilingkungi dengan perkara-perkara yang tidak diingini dan mereka pula dilingkungi dengan perkara -perkara yang disukai oleh syahwat.


Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya. Jihad tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan tuntutan hawa nafsu, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang sempit dada dan tidak mempunyai kekuatan, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang berkeras dan bertegang dengan pendapatnya sendiri sedangkan beliau tidak mengetahui bahawa beliau tidak mengerti dan tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak mahu tunduk kepada keputusan jamaah dan tidak sanggup beriltizam dengan pendapat jamaah


Jalan ini adalah jalan pembersihan dan mengajar mengekang diri, jalan rahmat dan kemuliaan, jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan, jalan kebebasan dan ketinggian, jalan jujur dan ikhlas.

Wednesday, 10 December 2008

Beranjaklah Dari Pinggir Medan Suatu Hari Nanti

A. PARA DA’IE YANG BERADA DI PINGGIR DA’WAH

Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.


Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!


Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenarya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!


Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

Sumber:Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam (Fathi Yakan)