Monday 9 November 2009

Sememangnya ia bukan mudah...

'Amal salih merupakan medan bagi penerapan 'ilmu yang kita baca dan yang kita dengar. Dengan itu 'ilmu akan menjadi hujah yang membela kita, bukan hujjah yang menewaskan kita. Amal juga dapat memantapkan 'ilmu serta membawa manusia dari medan teori dan kyalan menuju realiti kehidupan, medan jihad dan mujahadah. Ini dapat meningkatkan kualiti jiwa, membangun keperibadian, memperkuat kemahuan, dan mendatangkan pengalaman. Seperti yang pernah dikatakan oleh Imam Al-Banna rahimahullah:


"Sesungguhnya medan perkataan tidak sama dengan medan khayalan, medan 'amal tidak sama dengan medan perkataan, medan jihad tidak sama dengan medan 'amal, dan medan jihad yang haq tidak sama dengan medan jihad yang songsang."


Kita menyaksikan ramai orang yang mudah membaca dan menghafal 'ilmu, akan tetapi mengubah 'ilmu kepada 'amal bukan perkara mudah bagi mereka.

Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah(Mustafa Mahsyur)