Friday 16 January 2009

Istiqamah Lebih Mencabar Daripada Memulakan

”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaannya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”

(Al-Kahfi: 28)


Mereka mengetahui bahawa mereka berkerja hanya kerana Allah dan berjihad pada jalan Allah. Mereka telah mengetahui bahawa jalan ini terlalu panjang sukar, mereka harus mengetahui bahawa jalan ini dilingkungi dengan perkara-perkara yang tidak diingini dan mereka pula dilingkungi dengan perkara -perkara yang disukai oleh syahwat.


Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya. Jihad tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan tuntutan hawa nafsu, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang sempit dada dan tidak mempunyai kekuatan, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang berkeras dan bertegang dengan pendapatnya sendiri sedangkan beliau tidak mengetahui bahawa beliau tidak mengerti dan tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak mahu tunduk kepada keputusan jamaah dan tidak sanggup beriltizam dengan pendapat jamaah


Jalan ini adalah jalan pembersihan dan mengajar mengekang diri, jalan rahmat dan kemuliaan, jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan, jalan kebebasan dan ketinggian, jalan jujur dan ikhlas.