Tuesday, 11 May 2010

Jangan duduk saja, bergabunglah bersama arus

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar. (An Nisa: 95)

Friday, 9 April 2010

Sebelum Mata Terlena

Sebelum tidur hendaklah saudara memperuntukkan masa selama satu jam untuk menyoal diri sendiri tentang sejauh mana dan sebanyak mana saudara menunaikan kewajipan ini? Jika saudara dapati jawapannya baik maka bersyukurlah kepada Allah, akan tetapi saudara dapati kekurangan maka pintalah ampun kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, malah hendaklah saudara pinta pertolongan dariNya kerana Allah sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.

Friday, 26 February 2010

Manusia degil

Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al-Hadiid:25)

Di antara manusia ada yg memperolehi hidayah dari kesedaran dengan mengambil iktibar dari ajaran al-Quran dan dipertimbangkan akal sihat, tetapi sebahagian yang lain pula tidak sedar kecuali jika dihadapkan dengan kuasa besi dan pedang.

Wednesday, 27 January 2010

Curahkanlah tenaga...

Dr. Sa'id Ramadhan Al-Buti berkata: "Jihad ialah bersusah payah mencurahkan tenaga demi meninggikan kalimah Allah, dan membina masyarakat Islam. Mencurahkan tenaga dengan jalan peperangan adalah sebahagian daripadanya dan matlamat utama ialah mendirikan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islam yang sebenar."(Fiqh Al-Sirah)

Dipetik dari: Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta'alim

Friday, 11 December 2009

I advise you...

Assalamu'alaikum wbt,

Saya tidak sempat menyemak sumbernya dengan lebih mendalam. But I want to share this video...

Monday, 9 November 2009

Sememangnya ia bukan mudah...

'Amal salih merupakan medan bagi penerapan 'ilmu yang kita baca dan yang kita dengar. Dengan itu 'ilmu akan menjadi hujah yang membela kita, bukan hujjah yang menewaskan kita. Amal juga dapat memantapkan 'ilmu serta membawa manusia dari medan teori dan kyalan menuju realiti kehidupan, medan jihad dan mujahadah. Ini dapat meningkatkan kualiti jiwa, membangun keperibadian, memperkuat kemahuan, dan mendatangkan pengalaman. Seperti yang pernah dikatakan oleh Imam Al-Banna rahimahullah:


"Sesungguhnya medan perkataan tidak sama dengan medan khayalan, medan 'amal tidak sama dengan medan perkataan, medan jihad tidak sama dengan medan 'amal, dan medan jihad yang haq tidak sama dengan medan jihad yang songsang."


Kita menyaksikan ramai orang yang mudah membaca dan menghafal 'ilmu, akan tetapi mengubah 'ilmu kepada 'amal bukan perkara mudah bagi mereka.

Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah(Mustafa Mahsyur)

Thursday, 3 September 2009

Cermin Kekuatan

Suasana yang sedang dilalui oleh da'wah Islam dan kaum Muslimin saat ini, mewajibkan kita untuk bangkit dari kongkongan dan bekerja secara berterusan untuk melawan puak batil serta musuh-musuh Islam yang menegakkan segenap kemampuannya untuk menghancurkan Islam dan kaum Muslimin. Ini semua menambahkan lagi nilai dan kepentingan 'amal salih serta pengaruhnya di medan da'wah.

Sesungguhnya kebangkitan umat Islam memerlukan kekuatan rohani serta kekuatan jiwa yang besar pada diri putera-puteranya. Menurut Hasan Al-Banna:

" Kekuatan itu tercermin pada beberapa hal: Kemahuan kuat yang tidak dirasuki oleh kelemahan, kesetiaan tulen yang tidak berbaur debgab sikap berpura-pura dan khianat, dedikasi tinggi yang tidak diracuni oleh ketamakan dan kebakhilan serta mengenali prinsip, meyakininya dan penghargaan terhadapnya yang dapat memelihara dari kesalahan di dalamnya, penyimpangan darinya, tawar-menawar untuknya, dan tertipu dengan selainnya".

Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah(Mustafa Mahsyur)