Friday, 3 September 2010
Bernikahlah
Saturday, 31 July 2010
Jangan bersendiri
Dari keterangan yang tersebut di atas, dapatlah ditegaskan, bahawa bekerja sama untuk menegakkan ajaran Islam, itu merupakan tugas keagamaan. Kita wajib memulai kehidupan menurut Islam. Dan kewajiban ini tidak dapat dilaksanakan tanpa membentuk suatu JAMA’AH (Organisasi). Oleh yang demikian membentuk JAMA’AH untuk memulai gerakan Islam juga hukumnya menjadi wajib.
Dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam begitu banyak perintah supaya kaum Muslimin bersatu, tolong-menolong, dan tegak dalam satu barisan. Kita mulai dengan Ayat-ayat Al-Qur’an:
“Hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali-’Imran: ayat 104)
“Kamu adalah ummat yang terbaik, yang dilahirkan untuk ummat manusia; kamu menyuruh orang berbuat baik, dan melarang orang berbuat yang tidak baik, dan kamu beriman kepadaAllah.” (Surah Ali-’Imran: ayat 110)
“Kenapa tidak pergi suatu kelompok yang kecil dari tiap-tiap golongan yang besar di antara kamu, untuk memperdalam pengetahuannya tentang agama, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya, apabila mereka telah kembali kepada kawannya itu, agar supaya kaumnya itu dapat menjaga dirinya.” (Surah Al-Taubah: ayat 122)
Dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun ‘alaihimassalam:
“Allah berfirman: “Kami akan membantu engkau dengan mengutus saudaramu, dan Kami akan memberikan kepada kamu berdua kekuasaan yang besar, sehingga mereka, Fir’aun dan pengikutnya, tidak akan dapat menganiaya kamu berdua. Berangkatlah kamu berdua dengan membawa mu’jizat-mu’jizat Kami. Kamu berdua dan orang-orang yang mengikuti kamu, itulah yang akan menang.” (Surah Al-Qasas: ayat 35)
“Dan tolong-menolonglah kamu untuk mengejakan kebaikan dan ketaqwaan....”
(Surah Al-Ma’idah: ayat 2)
Dan dalam himpunan Hadith di antaranya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:
“Hendaklah kamu berada dalam JAMA’AH: kerana sesungguhnya jama’ah itu adalah rahmat, sedang perpecahan itu merupakan siksa.”
(Hadith Riwayat Muslim)
“Barangsiapa yang memecah belah, maka ia tidak termasuk golongan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan JAMA’AH sesungguhnya serigala hanya mahu memakan kambing yang menyendiri.”
(Hadith Riwayat Tabrani)
‘Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: “Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan jema’ah kaum Muslimin dan Imam mereka.” Hudzaifah bertanya: “Bagaimana, ya RasuluLlah, kalau tidak ada Jema’ah dan tidak ada Imam mereka?” Rasulullah Sallalahu ‘alaihi Wasallam menjawab: “Hendaklah engkau berada bersama-sama dengan mereka, walaupun engkau harus menggigit pohon korma, sampai akhirnya engkau dijemput oleh maut dala’m keadaan yang demikian.”
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri dari jema’ah kaum Muslimin,maka bererti ia mati sebagai mati Jahiliyyah.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Sumber: Bagaimana kita menyeru kepada Islam(Fathi Yakan)
Thursday, 24 June 2010
Kokoro
“ Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.” (Imam Al-Ghazali)
Tuesday, 11 May 2010
Jangan duduk saja, bergabunglah bersama arus
“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.” (An Nisa: 95)
Friday, 9 April 2010
Sebelum Mata Terlena
Friday, 26 February 2010
Manusia degil
Di antara manusia ada yg memperolehi hidayah dari kesedaran dengan mengambil iktibar dari ajaran al-Quran dan dipertimbangkan akal sihat, tetapi sebahagian yang lain pula tidak sedar kecuali jika dihadapkan dengan kuasa besi dan pedang.
Wednesday, 27 January 2010
Curahkanlah tenaga...
Dipetik dari: Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta'alim
Friday, 11 December 2009
I advise you...
Saya tidak sempat menyemak sumbernya dengan lebih mendalam. But I want to share this video...
Monday, 9 November 2009
Sememangnya ia bukan mudah...
"Sesungguhnya medan perkataan tidak sama dengan medan khayalan, medan 'amal tidak sama dengan medan perkataan, medan jihad tidak sama dengan medan 'amal, dan medan jihad yang haq tidak sama dengan medan jihad yang songsang."
Kita menyaksikan ramai orang yang mudah membaca dan menghafal 'ilmu, akan tetapi mengubah 'ilmu kepada 'amal bukan perkara mudah bagi mereka.
Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah(Mustafa Mahsyur)
Thursday, 3 September 2009
Cermin Kekuatan
Sesungguhnya kebangkitan umat Islam memerlukan kekuatan rohani serta kekuatan jiwa yang besar pada diri putera-puteranya. Menurut Hasan Al-Banna:
" Kekuatan itu tercermin pada beberapa hal: Kemahuan kuat yang tidak dirasuki oleh kelemahan, kesetiaan tulen yang tidak berbaur debgab sikap berpura-pura dan khianat, dedikasi tinggi yang tidak diracuni oleh ketamakan dan kebakhilan serta mengenali prinsip, meyakininya dan penghargaan terhadapnya yang dapat memelihara dari kesalahan di dalamnya, penyimpangan darinya, tawar-menawar untuknya, dan tertipu dengan selainnya".
Bekalan Di Sepanjang Jalan Da'wah(Mustafa Mahsyur)
Thursday, 23 July 2009
Sebagai seorang hamba yang fakir dan lemah
"Wahai saudaraku, boleh jadi waktu terbaik untuk bermunajat adalah; engkau berkhalwat dengan Tuhanmu di saat orang-orang sedang tidur nyenyak dan seluruh alam menjadi hening; pada ketika malam melabuhkan tirainya dan bintang-bintangnya telah menghilang; engkau mengingati Tuhanmu, mengakui kelemahanmu dan keagungan Tuhanmu. Itu semua membuatkan kamu merasa kemesraan di hadapanNya, hatimu tenang dengan mengingatiNya, engkau merasa gembira dengan kurnia dan rahmatNya menangis kerana takut kepadaNya menyedari pengawasanNya, tidak pernah jemu berdo'a kepadaNya, bersungguh-sungguh beristighfar, mengadu seluruh keperluan kepada Zat yang tidak pernah lemah oleh sesuatupun dan tidak dilekakan oleh segala sesuatu. Firmannya;
Sesungguhnya keaadaan kekuasaanNya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada(hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!" Maka ia terus menjadi(36:82)
Bermohonlah kepadaNya untuk kepentingan duniamu, akhiratmu, jihadmu, da'wahmu, cita-citamu, harapan-harapanmu, tanah airmu, keluargamu, dirimu sendiri, dan saudara-saudaramu:
..... dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(3:126)
Kemesraan dan keni'matan jiwa saat melakukan qiyamullail dan munajat dapat melupakan kepenatan badan dan keletihan kaki. Rasulullah Sallallahu'alaihi wassalam melakukan qiyamullail dan memanjangkan masa berdiri hingga dua kakinya yang mulia bengkak, namun ia tidak merasa sakit kerana tenggelam dengan kemesraan menghampirkan diri kepada Allah. Sebahagian orang salih berkata:"Tiada satu waktu di dunia yang menyamai keni'matan akhirat, kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajjud yang merasakan lazatnya munajat." Mari berusaha meni'mati kelazatan tersebut!
Akhir sekali saya katakan kepadamu wahai saudaraku, bangunlah di waktu malam sebagai seorang hamba yang fakir dan lemah tertunduk-tunduk di waktu malam untuk mengetuk pintu TuhaNya Yang Maha Pemurah: ia berdiri di depan pintuNya dalam keadaan merendah diri, merasa lemah, mengakui kelalaian dan dosa-dosaNya, serta menaruh harapan besar untuk mendapatkan rahmat, kerelaan dan syurgaNya.
Wahai saudaraku, ketuklah pintu Tuhanmu di kegelapan malam dengan melakukan sembahyang yang khusyuk, beberapa sujud panjang, beberapa do'a yang tulus, beberapa tasbih dan beberapa tititsan air mata kerana takut kepadaNya, serta yakinlah bahawa Tuhanmu akan mengabulkan do'a-do'amu. Janganlah kamu lupa untuk berdo'a dalam suasana penuh kebaikan berada di sisiNya agar diberikan kemenangan dan kekuasaan bagi agamaNya serta berdo'alah untuk saudara-saudaramu tanpa mereka sedari.
saat urusan-urusan berat-berat menyerangmu
Apabila hati sudah merasa letih
dari beban kehidupan yang melelahkan
Alirkan air mata, wahai jiwa
lalu tumpahlah ia ke dalam salat
Sesungguhnya Tuhan alam semesta mendengar
tangisan jiwa memohon kasihNya
Sunday, 28 June 2009
Janganlah kamu tidur malam melainkan dalam keadaan begini
Bermujahadahlah dan ber'amallah dengan ikhlas dan iltizam dengan syari'at Allah serta istiqamah pada suruhanNya.
Berusahalah bersungguh-sungguh agar engkau tidak mempunyai hutang kepada seseorang apabila mati, dan hutang kepada Allah adalah lebih utama untuk ditunaikan.
Berusahalah bersungguh-sungguh agar engkau berlapang dada terhadap saudara seIslam ketika bertemu Allah.
Ketahuilah, martabat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang tertinggi adalah ithar(mengutamakan sahabat).
Oleh itu, janganlah kamu tidur malam melainkan dengan keadaan begini. Bersegeralah saudaraku untuk bertaubat dan beristighfar sebelum ajal tiba.
Bekalan Di Sepanjang Jalan Dakwah(Mustafa Masyhur)
Saturday, 13 June 2009
Bai'ah Aqabah Pertama
Dari 'Ubadah bin al-Samit RadiyaLlahu' anhu bahawa Rasulullah SallaLahu' alaihi Wassalam telah bersabda kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya ;
"Berbai'ahlah (berjanji lah dengan setia) kepadaku bahawa kamu tidak menyengutui ALlah Subhanahu Wa Ta'ala dengan yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong (dengan merekakan tuduhan atau fitnah) yang sengaja diadakan samada terhadap dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam perkara yang baik.
Maka sesiapa yang setia di kalangan kamu maka ganjarannya di sisi ALlah, dan sesiapa terkena kepadanya amalan-amalan buruk(yang tersebut) lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka kifarah baginya (tidak dibalas lagi di akhirat).
Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu kemudian ALlah Subhanahu Wa Ta'ala melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka terserahlah kepada ALlah. Jika Ia kehendaki nescaya diampuninya dan jika Ia kehendaki nescaya dihukumnya(dengan hisab pada hari Akhirat) lalu kamu pun berbai'ah di atas perkara itu".
Dari keterangan yang tersebut ternyatalah bahawa yang telah menganut Islam dari Madinah atau Yathrib itu bukannya sekadar melafazkan ikrar dua Kalimah Syahadah, bahkan meliputi ucapan lidah dan jazam di hati dan beriltizam dengan apa yang diucap dan dibai'ahkan kepada Rasulullah SallaLlahu'alaihi Wassalam. Malah mereka bersedia untuk meletakkan sibghah ALlah yang terkandung dalam ajaran Islam itu kepada seluruh kehidupan mereka.
Apa yang disebut di dalam bai'ah pertama ini adalah asas-asas penting bagi pembinaan individu dan masyarakat samada dalam aspek 'aqidah, juga akhlak dan perlaksanaan Islam di dalam semua bidang. Bai'ah yang dilakukan itu bukan sahaja merupakan perisytiharan bagi mereka untuk menerima Islam tetapi juga perisytiharan menentang jahiliyyah. Segala yang terkandung di dalamnya adalah sangat bertentangan dengan pegangan dan amalan jahiliyyah.
Rujukan: Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (1)
Monday, 11 May 2009
Barang Dagangan Terbaik
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).
Bagaimana kita menyeru kepada Islam(Fathi Yakan)
Friday, 24 April 2009
Imanku di tahap mana?
“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)
Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!
Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam(Fathi Yakan)
Monday, 2 March 2009
Agar jangan sampai terjadi, anda dikenang orang di samping kegagalan
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan
sumber: Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam
Friday, 16 January 2009
Istiqamah Lebih Mencabar Daripada Memulakan
”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharapkan keredaannya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”
(Al-Kahfi: 28)
Mereka mengetahui bahawa mereka berkerja hanya kerana Allah dan berjihad pada jalan Allah. Mereka telah mengetahui bahawa jalan ini terlalu panjang sukar, mereka harus mengetahui bahawa jalan ini dilingkungi dengan perkara-perkara yang tidak diingini dan mereka pula dilingkungi dengan perkara -perkara yang disukai oleh syahwat.
Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang takutkan kesempitan rezeki dan kehidupan masa depannya. Jihad tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan tuntutan hawa nafsu, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang sempit dada dan tidak mempunyai kekuatan, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menerima kata cemuhan apatah lagi berkorban harta dan wang ringgit, tidak sanggup dilalui oleh mereka yang berkeras dan bertegang dengan pendapatnya sendiri sedangkan beliau tidak mengetahui bahawa beliau tidak mengerti dan tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak mahu tunduk kepada keputusan jamaah dan tidak sanggup beriltizam dengan pendapat jamaah
Jalan ini adalah jalan pembersihan dan mengajar mengekang diri, jalan rahmat dan kemuliaan, jalan yang menagih kesabaran dan ketahanan, jalan kebebasan dan ketinggian, jalan jujur dan ikhlas.
Wednesday, 10 December 2008
Beranjaklah Dari Pinggir Medan Suatu Hari Nanti
Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat. Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.
Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap. Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicitacitakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!
Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenarya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!
Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!
Sumber:Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam (Fathi Yakan)